Guts (album Olivia Rodrigo)
Guts (album Olivia Rodrigo)

Guts (album Olivia Rodrigo)

Guts (digayakan dalam semua huruf besar) ialah album studio kedua oleh penyanyi-penulis lagu Amerika Syarikat Olivia Rodrigo, dan telah dilancarkan pada 8 September 2023, melalui Geffen Records. Album tersebut ditulis dan dirakam oleh Rodrigo bersama-sama dengan Dan Nigro, penerbit dan pemain muzik yang pernah bekerjasama dalam penghasilan album sulung Rodrigo, Sour (2021). Diilhamkan oleh tempoh masa sejurus selepas kejayaan Sour, Rodrigo menghasilkan album Guts dengan harapan dapat mencerminkan proses kematangan yang beliau alami menjelang akhir zaman remajanya.Secara komersil, Guts mendahului carta album di 12 buah negara, termasuk Amerika Syarikat, Australia, Jerman, Sweden dan United Kingdom. Dalam penampilan sulungnya di Amerika Syarikat, ia merekodkan jualan sebanyak 302,000 unit setara album pada minggu pertama, sambil berjaya menempatkan kesemua 12 lagunya di dalam tangga 40 Teratas Billboard Hot 100. Tiga single telah dilancarkan daripada album tersebut, termasuklah hit nombor satu antarabangsa "Vampire" serta "Bad Idea Right?" dan "Get Him Back!" yang berada dalam carta 10 teratas. Bagi mempromosikan album itu, Rodrigo akan memulakan jelajah konsert Guts World Tour pada tahun 2024.

Guts (album Olivia Rodrigo)

Bahasa Inggeris
Panjang 39:12
Dilancarkan pada 8 September 2023 (2023-09-08)
Penerbit Dan Nigro
Genre
Studio
  • Amusement (Los Angeles)
  • East West (Los Angeles)
  • Electric Lady (Bandaraya New York)
  • Skylight (Los Angeles)
Syarikat Geffen
Tempat Amerika Syarikat

Rujukan

WikiPedia: Guts (album Olivia Rodrigo) https://www.nytimes.com/2023/08/24/arts/music/oliv... https://archive.li/BH1Ph https://www.wikidata.org/wiki/Q119981579#identifie... https://musicbrainz.org/release-group/83920a38-e74... https://consequence.net/2023/06/olivia-rodrigo-new... https://web.archive.org/web/20230614194607/https:/... https://www.clashmusic.com/features/living-her-tee... https://web.archive.org/web/20230227012432/https:/... https://people.com/music/olivia-rodrigo-already-ha... https://web.archive.org/web/20230401212721/https:/...